Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP
HEBAHAN : PERMOHONAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK 2024/2025 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa akses permohonan kursus Semester Tambahan Sidang Akademik 2024/2025 akan dibuka kepada pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP yang layak sahaja.
3. Sistem permohonan ini akan dibuka kepada pelajar pada 20 Januari 2025 (Isnin) sehingga 26 Januari 2025 (Ahad), jam 9.00 pagi. Permohonan kursus boleh dilakukan melalui laman sesawang seperti berikut: https://osi.unimap.edu.my.
4. Dipohon untuk mengambil maklum bahawa pelajar yang memohon dalam tempoh sistem ini dibuka sahaja akan DIBENARKAN untuk mendaftar semasa tempoh pendaftaran kursus Semester Tambahan dibuka.
Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP)
Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
Pusat Pengurusan Akademik