Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6521002 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemesinan)

Program ini menyediakan tenaga kerja yang kenalfaham teknologi, produktif, inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara yang berorientasikan kepada teknologi kejuruteraan secara berkesan. Secara dasarnya, kurikulum program ini dirangka dengan menjurus kepada keperluan praktikal bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang  teknologi kejuruteraan serta memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh pihak industri dan sektor-sektor lain yang berkaitan.

Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kursus berkaitan bidang mekanikal dan pembuatan termasuklah kursus teknologi kejuruteraan bahan, teknologi pembuatan termaju, pengurusan teknologi dan industri yang menjurus kepada bidang teknologi kejuruteraan pemesinan. Disamping itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan kursus-kursus universiti yang menerapkan kemahiran komunikasi, berfikir dan elemen-elemen etika profesionalisma dalam kerjaya.

Bakal graduan berpotensi untuk memenuhi permintaan tinggi tenaga kerja di sektor swasta dan awam dalam bidang-bidang teknologi kejuruteraan, pengeluaran, penyelidikan dan khususnya dalam bidang-bidang yang berasaskan teknologi kejuruteraan pemesinan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Proses/ Pengeluaran
  • Jurutera Pemesinan
  • Jurutera Produk
  • Jurutera CAD/CAM
  • Jurutera Alatan
  • Jurutera Kualiti
  • Jurutera Projek
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera R&D
  • Jurutera Pengujian
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Perunding Teknikal
  • Ahli Akademik
  • Usahawan
  • Pegawai Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan, Alam Sekitar