UR4523003 - Diploma Kejuruteraan Elektronik (dahulunya Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik)

Program ini direka bentuk untuk membekalkan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor negara. Penyusunan program akademik memberi penekanan kepada aspek teori, praktikal dan pembangunan jati diri. Graduan akan didedahkan secara khusus kepada susun atur litar terkamil, fabrikasi wafer, pempaketan elektronik dan analisa kegagalan, di samping subjek teras yang berlandaskan elektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara. Antara industri yang terlibat adalah seperti Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies, Avago Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mikroelektronik mahupun elektronik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Juruteknik / Pembantu Jurutera Proses & Pengeluaran
  • Juruteknik / Pembantu Jurutera Pengeluaran dan Pembuatan
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
  • Juruteknik / Pembantu Jurutera Kawalan Kualiti Pengeluaran
  • Pembantu Penyelidik