UR4523001 - Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Diploma Kejuruteraan Mekatronik ditawarkan sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, yang bertujuan untuk melahirkankan graduan-graduan yang mahir dan separa-profesional yang boleh terus menyesuaikan diri dengan industri di Malaysia.  Adalah penting untuk mereka mempunyai pengetahuan yang boleh diintegrasikan di dalam pelbagai bidang.  Kurikulum bagi program ini dibentuk agar pelajar mempunyai kebolehan merekabentuk, mengendali dan menyelenggara peralatan-peralatan elektrik & elektronik, mekanikal, perisian komputer dan teknologi maklumat.  Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar juga diberikan kemahiran insaniah seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi serta hubungan etnik.

Graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas dalam syarikat-syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun.  la merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan, pengeluaran, pengujian dan lain-lain bidang yang berkaitan. Antara industri-industri yang terlibat adalah seperti Siemen VDO, Sony EMCS, Elna-Sonic, Sanyo Electronics, Schott Glass, Action Industries dan lain-lain. Selain itu pelajar juga berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekatronik mahupun Mekanikal yang ditawarkan di mana-mana universiti tempatan ataupun universiti di luar negara.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Juruteknik / Pembantu Jurutera Proses & Pengeluaran
  • Juruteknik / Pembantu Jurutera Pengeluaran dan Pembuatan
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
  • Firma Perundingan Kejuruteraan
  • Pembantu Penyelidik