UniMAP | Universiti Malaysia Perlis UniMAP | Universiti Malaysia Perlis KNOWLEDGE - SINCERITY - EXCELLENCE

Events Calendar

Bengkel Pendaftaran Perlindungan Harta Intelek
From Tuesday 23 July 2019 -  08:30am
To Wednesday 24 July 2019 - 05:00pm
Hits : 40
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan, 

HEBAHAN BENGKEL PENDAFTARAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengkomersilan Harta Intelek (CIPC) dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Bengkel Pendaftaran Perlindungan Harta Intelek. Bengkel ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 23-24 Julai 2019 
Tempat : Bilik Seminar Tun Dr Mahathir, Blok B Seriab. 
Masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan melatih penyelidik UniMAP di dalam penulisan spesifikasi paten dan memahami format penulisan tersebut. Impak daripada bengkel ini, penyelidik akan mempunyai kemahiran penulisan spesifikasi paten dan boleh membuat permohonan pendaftaran perlindungan harta intelek secara langsung ke MyIPO. Ini boleh menjimatkan kos perkhidmatan ejen pendaftaran perlindungan harta intelek yang menelan belanja yang begitu tinggi.

Kepada penyelidik yang berminat, dimohon untuk mengisi ;
 
i)    borang permohonan kursus Unit Latihan dengan mendapatkan pengesahan ketua jabatan,
ii)   memberi maklumat inovasi  teknologi yang ingin didaftarkan.
 
emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Julai 2019. Bengkel ini terbuka 15 orang penyelidik sahaja.
 
Keperluan semasa bengkel:
 
- Penyelidik perlu membawa komputer riba, maklumat produk dan Technical drawing  ( drawing yang masih belum mempunyai ukuran) .
 
 
Segala kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Commercialisation & Intellectual Property Management Unit

Pusat Pengurusan Harta Intelek & Pengkomersilan 
(Centre for Intellectual Property & Commercialisation) 
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Tel: 04-9760188/04-9760155