JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH ISTIQBAL RAMADAN AL-MUBARAK 1444H / 2023M
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Surau UniMAP Kampus Alam Pauh Putra akan menganjurkan Ceramah Istiqbal Ramadan sempena sambutan Ihya Ramadan pada butiran seperti berikut:
Tarikh : 21 Mac 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Surau UniMAP Kampus Alam Pauh Putra
3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
Semoga dengan kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat mengimarahkan lagi majlis ini dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
" MALAYSIA MADANI"