Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA BIL 1/2023 DAN PENDAFTARAN IDAMANXCHANGE
Tuesday 31 January 2023, 09:30am - 11:00am
Hits : 84
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Prof/Prof.Madya/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PROGRAM JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA BIL 1/2023 DAN PENDAFTARAN IDAMANXCHANGE 
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa semua warga UniMAP boleh menghantar barang-barang yang boleh dikitar semula semasa Program Jualan Barangan Kitar Semula bersama pihak E-Idaman Sdn. Bhd. yang akan diadakan di UniMAP seperti ketetapan berikut :

   Tarikh      : 31 Januari 2023 (Selasa)
   Masa        : 9.30 Pagi - 11.00 Pagi
   Tempat    : Kawasan Parkir Kolej Kediaman Tuanku Tengku  Fauziah (PFi2), Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
 

3.     Sehubungan itu, warga UniMAP yang menjual barangan kitar semula akan menerima bayaran secara tunai oleh pihak E-Idaman Sdn. Bhd. atau dengan menggunakan aplikasi idamanXchange. 
 
4.    Untuk makluman, pada hari tersebut pihak E-Idaman Sdn. Bhd. juga akan membuka booth bagi pendaftaran idamanxchange bertempat di kawasan pakir Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (PFi2). Pendaftaran ini terbuka kepada semua warga UniMAP bagi yang belum berdaftar. 
 
5.   Oleh itu, marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada program ini untuk mencapai objektif utamanya iaitu memberi nilai kembali kepada barangan sisa pepejal yang boleh dikitar semula untuk menjadi barang baru. 

6.   Sebarang maklumat terkini boleh lawati laman facebook Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari (https://www.facebook.com/UniMAP.Sustainable.Campus).

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Prof/Prof.Madya/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”
 
**Bumi kita, kitalah jaga**
*****************************************************
Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
office : +6019-990 7054
website : https://kampuslestari.unimap.edu.my/