Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA FAKULTI UniMAP 2021 (FestKAF'21)
From Saturday 27 November 2021
To Sunday 28 November 2021
Hits : 56
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

HEBAHAN PENGANJURAN FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA FAKULTI UniMAP 2021 (FestKAF'21) ANJURAN PUSAT KEBUDAYAAN, UniMAP

2. Sukacita dimaklumkan, Pusat Kebudayaan (PKBU) akan menganjurkan Festival Kebudayaan Antara Fakulti UniMAP 2021 (FestKAF'21) yang akan diadakan pada 27 - 28 November 2021 bertempat di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

3. Untuk penganjuran fasa pertama ini akan diadakan Pertandingan Dekorasi Kolam, Pertandingan Mural dan Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia. Sehubungan itu, jabatan ini ingin menjemput semua warga UniMAP untuk bersama-sama menonton Festival ini secara langsung melalui Facebook rasmi Pusat Kebudayaan bagi menyaksikan pelajar-pelajar UniMAP yang akan bertanding dalam acara yang akan dipertandingkan.

27 November 2021 (Sabtu)
a) Pertandingan Dekorasi Kolam & Mural : 2.00 petang

28 November 2021 (Ahad)
b) Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia & Majlis Perasmian FestKAF'21 : 8.30 malam

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'

Saya yang menjalankan amanah;

Pusat Kebudayaan (PKBU)