Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
MAJLIS PELANCARAN YAYASAN KEBAJIKAN SISWA KELUARGA MALAYSIA
Friday 29 October 2021, 11:00am
Hits : 64
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Dua Dekad Tradisi Gemilang

Teknologi – Transformasi - Komuniti



YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,



JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN YAYASAN KEBAJIKAN SISWA KELUARGA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) telah mengadakan pertemuan khas bersama Kepimpinan Tertinggi Negara pada 30 Jun 2020. Dalam pertemuan tersebut, perwakilan MPPK telah mengemukakan sebelas (11) cadangan / inisiatif sebagai agenda memperkasa dan memartabatkan mahasiswa. Salah satu inisiatif utama yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri adalah penubuhan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia.

3. Justeru, Bahagian ini dengan penuh rasa berbesar hati ingin menjemput pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 29 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa : 11.00 pagi

Pautan : https://www.facebook.com/MOHEOfficial

https://drive.google.com/file/d/1IHtBXch2CYUFTr4cQOtuFXMCgbCGraPT/view?usp=sharing

Perasmi :

YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Perdana Menteri Malaysia

4. Semoga segala perhatian dan sokongan YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan akan menyerikan lagi suasana sepanjang Majlis ini berlangsung




Sekian, terima kasih.



“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’





Saya yang menjalankan amanah



(SHARMILA BINTI SAIDIN)

Pengarah

Pusat Komunikasi Korporat



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SHARMILA SAIDIN P.M.P.
PENGARAH
PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS