Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK  2024/2025 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA  KEJURUTERAAN UniMAP  

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan bahawa akses pendaftaran kursus Semester Tambahan akan  dibuka kepada pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP yang telah  memohon kursus melalui Sistem Permohonan Kursus bagi mengikuti Semester  Tambahan Sidang Akademik 2024/2025. 

3. Sistem pendaftaran kursus secara dalam talian ini akan dibuka kepada pelajar  pada 24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 30 Mac 2025 (Ahad), jam 9.00 pagi. Pendaftaran kursus boleh dilakukan melalui laman sesawang berikut:  https://osi.unimap.edu.my

4. Mohon untuk mengambil maklum, pelajar yang memohon semasa sistem  permohonan kursus semester tambahan dibuka sahaja dibenarkan untuk  mengakses sistem ini. 

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

 

Pusat Pengurusan Akademik