PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK 2025/2026 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA UniMAP
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa akses pendaftaran kursus Semester Tambahan akan dibuka kepada pelajar program Diploma UniMAP yang telah membuat permohonan kursus melalui Sistem Permohonan Kursus bagi mengikuti Semester Tambahan Sidang Akademik 2025/2026.
3. Sistem pendaftaran kursus secara dalam talian ini akan dibuka kepada pelajar mulai 09 Mac 2026 (Isnin) hingga 15 Mac 2026 (Ahad), jam 9.00 pagi. Pendaftaran kursus boleh dibuat melalui laman sesawang berikut: https://osi.unimap.edu.my.
4. Untuk makluman, hanya pelajar yang telah membuat permohonan semasa Sistem Permohonan Kursus Semester Tambahan dibuka sahaja dibenarkan untuk mengakses sistem ini.
Segala kerjasama dan perhatian semua didahului dengan ucapan terima kasih.
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP)
Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
Pusat Pengurusan Akademik