PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

HUBUNGI KAUNSELOR ANDA
Pn. Wan Saniah Wan Yahya
wansaniah@unimap.edu.my
Tel: 012-5596314
04-9798038
TEMPAT
Unit Kaunseling
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 10 Bangunan KWSP
01000 Kangar, Perlis
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin – Jumaat
8.15 pagi hingga 4.30 petang
(Waktu Pejabat)
KAUNSELING
Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAUNSELING
1. Membantu klien dalam membuat perubahan tingkahlaku
2. Untuk meningkatkan pembangunan personel, potensi diri dan kematangan sosial klien
3. Untuk menjadikan sikap klien lebih terbuka, sitematik dan mampu membuat pilihan yang sesuai dan terbaik bagi dirinya
4. Membantu klien mengenali diri dalam persoalan yang dihadapinya demi menghasilkan perubahan imej yang positif.
5. Membantu klien agar dapat membuat keputusan dengan tepat dan mempunyai kemahiran daya tindak
6. Mambantu klien agar sentiasa menghargai diri dan potensi yang ada dalam diri
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG DISEDIAKAN DI UniMAP
1. Kaunseling bersemuka
2. Tele kaunseling
3. Kaunseling Melalui e-mail
4. Kaunseling individu/kelompok
5. Kaunseling kerjaya
6. Ceramah / Program / Bengkel
CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
o Walk-in
o Temujanji melalui telefon
o Surat menyurat
o Rujukan oleh Pensyarah / Dekan / RPS / Pegawai yang bertanggungjawab
o e-mail