Program Ijazah Tinggi

MOD PENYELIDIKAN

Program Ijazah Tinggi yang ditawarkan :

  1. Doktor Falsafah 
  2. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mikroelektronik) 
  3. Sarjana Sains (Kejuruteraan Komputer) 
  4. Sarjana Sains (Kejuruteraan Perhubungan) 
  5. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekatronik) 
  6. Sarjana Sains (Kejuruteraan Pembuatan) 
  7. Sarjana Sains (Kejuruteraan Sistem Elektrik) 
  8. Sarjana Sains (Kejuruteraan Bahan) 
  9. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)
  10. Sarjana Sains (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)
  11. Sarjana Sains (Kejuruteraan Alam Sekitar)
  12. Sarjana Sains (Kejuruteraan Bioproses)
  13. Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan)

Bidang penyelidikan yang ditawarkan :

  1. Kejuruteraan Komputer
  2. Kejuruteraan Perhubungan 
  3. Kejuruteraan Mikroelektronik
  4. Kejuruteraan Elektronik 
  5. Kejuruteraan Bahan
  6. Kejuruteraan Metalurgi 
  7. Kejuruteraan Sistem Elektrik
  8. Kejuruteraan Elektronik Industri
  9. Kejuruteraan Mekatronik
  10. Kejuruteraan Pembuatan
  11. Kejuruteraan Mekanikal
  12. Kejuruteraan Rekabentuk Produk
  13. Kejuruteraan Alam Sekitar
  14. Kejuruteraan Bioproses
  15. Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan

 MOD CAMPURAN

Sarjana Sains (Kejuruteraan Polimer)

SYARAT KEMASUKAN

Sarjana Sains

Memiliki kelulusan yang baik di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan atau setaraf daripada universiti yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setara yang diiktiraf oleh Senat Universiti.


Doktor Falsafah

Memiliki ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang kejuruteraan atau setaraf daripada universiti yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setara yang diiktiraf oleh Senat Universiti.

PERMOHONAN

Borang Permohonan
Borang permohonan dan buku panduan boleh didapati dengan datang sendiri atau melalui pos dengan menghantar sampul surat berukuran 25cm x 32cm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.20 kepada :

Pengajian Ijazah Tinggi
Universiti Malaysia Perlis
Jalan Meranti Paya off Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar,
Perlis

ATAU

Boleh dimuat turun di sini = Borang Permohonan (PIT 01) dan Borang Laporan Pengadil (PIT 02)

Sila catatkan Permohonan Ijazah Tinggi di sudut kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

Cara-cara Memohon

Mod Penyelidikan

Permohonan bagi program mod penyelidikan adalah sepanjang tahun.

Mod Campuran

Permohonan bagi program Sarjana Sains (Kejuruteraan Polimer) secara mod campuran telah dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2008. Calon - calon yang berminat boleh menghantar borang permohonan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama wang pos bernilai RM 50.00 atas nama Universiti Malaysia Perlis untuk yuran memproses. Sila sertakan dua (2) salinan sijil/dokumen yang disahkan; sijil, transkrip, surat beranak, kad pengenalan dan dokumen lain yang berkaitan. Sila alamatkan permohonan kepada :  

Dekan
Unit Pengajian Ijazah Tinggi
No. 112 & 114 (Tingkat Atas)
Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar-Alor Setar
Seriab, 01000 Kangar,
Perlis
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak disertakan wang proses tidak akan diproses.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan dari Universiti Malaysia Perlis selepas 4 bulan dari tarikh permohonan dianggap tidak berjaya.


 
TEMPOH PENGAJIAN

MOD PENYELIDIKAN

Peringkat  Doktor Falsafah

Tempoh pengajian bagi Sepenuh Masa adalah minimum dua (2) tahun dan maksima lima (5) tahun.

Tempoh pengajian bagi Sambilan adalah minimum tiga (3) dan maksima tujuh (7) tujuh tahun

 

Peringkat  Sarjana Sains

Tempoh pengajian bagi Sepenuh Masa adalah minimum satu (1)  tahun dan maksima
tiga (3) tahun.

Tempoh pengajian bagi Sambilan adalah minimum dua (2) dan maksima lima (5) tahun


Keperluan Bermastautin

Bagi pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Sepenuh Masa, keperluan bermastautin adalah sepanjang tempoh pencalonannya.

Bagi pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Sambilan, keperluan bermastautin adalah 15 hari setahun.

MOD CAMPURAN

Mod Pengajian adalah secara Sepenuh Masa dan tempoh pengajian adalah 1 tahun (2 semester) tetapi tidak melebihi 2 tahun