Pengajian Ijazah Tinggi

Unit Pengajian Ijazah Tinggi ditubuhkan bagi menyelaras pengambilan dan pengurusan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sains dan Doktor Falsafah. Sebagai permulaan Pengajian Ijazah Tinggi UniMAP menawarkan program pengajian secara Penyelidikan sebagai menyokong visi UniMAP iaitu institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa. 

Sebagai universiti termuda, UniMAP bermatlamat untuk menghasilkan jurutera berkemahiran tinggi bagi menyokong dan memenuhi Pelan Perindustrian Negara. Kaedah ‘hands on’ diaplikasikan bagi menghasilkan jurutera-jurutera yang berkemahiran dalam merekabentuk, mencipta, menguji dan menyelenggara peralatan serta mampu mengaplikasi konsep teori yang didedahkan.

 Objektif

  • Meningkatkan kepakaran dari segi teknikal, perancangan dan pembangunan bidang kejuruteraan.

  • Mengembang dan menumpukan kepada pengurusan kejuruteraan.

  • Menggalakkan pemikiran kreativiti dan inovatif dikalangan pelajar, mencari ide baru dan peluang dalam bidang kejuruteraan.

  • Sebagai platform bagi pelajar untuk bertukar-tukar ide dan pendapat berkaitan dengan bidang kejuruteraan.

  • Melaksanakan kaedah dan kesan aplikasi kejuruteraan secara global.