Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab merancang, menyelaras, menyelia dan memantau semua aktiviti akademik universiti. Ini termasuklah kerja-kerja pembangunan pusat pengajian dan pusat pemantapan akademik UniMAP, khasnya dari aspek-aspek berikut:
1. Pembangunan program akademik baru
2. Pemantapan kurikulum
3. Akreditasi program akademik
4. Jaminan kualiti akademik
5. Penyeliaan pembangunan infrastruktur akademik
6. Pengajian ijazah tinggi, ijazah sarjana muda dan diploma
7. Hal ehwal antarabangsa
8. Sumber tenaga manusia (akademik)
9. Penyeliaan pengambilan dan pendaftaran pelajar
10.Peraturan akademik
11.Penyeliaan pengambilan pakar akademik luar
12.Latihan industri
13.Perancangan program latihan staf akademik
14.Penyeliaan aplikasi ICT (akademik)
15.Pemantauan kemudahan kejuruteraan gunasama dan khusus (Pusat Kejuruteraan)
Pejabat ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan dibantu oleh Dekan Pengurusan Akademik & Dekan Hal Ehwal Antarabangsa. Terdapat beberapa pusat tanggungjawab (PTJ) akademik dan pusat pemantapan akademik yang bertanggungjawab melaporkan segala pengendalian aktiviti-aktiviti akademiknya kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) iaitu:
1. Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK)
a. PPK Mikroelektronik
b. PPK Komputer & Perhubungan
c. PPK Mekatronik
d. PPK Sistem Elektrik
e. PPK Pembuatan
f. PPK Bahan
g. PPK Bioproses
h. PPK Alam Sekitar
2. Pusat Hal Ehwal Antarabangsa
3. Institut Matematik Kejuruteraan
4. Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan
5. Pusat Kejuruteraan
6. Pusat Kerjasama Industri
7. Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi
8. Unit Pengajian Ijazah Tinggi
9. Unit Pengajaran & Pembelajaran
10. Unit Penyelarasan Program Diploma
11. Bahagian Pengurusan Akademik (Jabatan Pendaftar)