Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi merupakan sebuah pusat penyelarasan pembangunan, penyelidikan dan inovasi di UniMAP. Pejabat ini telah ditubuhkan serentak dengan perlantikan Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) pada 15 Disember 2005 .
Terdapat 5 pusat tanggungjawab di bawah pentadbiran pejabat ini :
-
Unit Penyelidikan & Pembangunan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid sebagai Dekan
-
Unit Interpris Kecil Sederhana yang diketuai oleh En. Suffian Hadi Ayub sebagai Pengurus
-
Institut Kejuruteraan Nano Elektronik yang diketuai oleh Prof. Dr. Uda Hashim sebagai Pengarah
-
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang diketuai oleh Kol.(B) Azuddin Bahari sebagai Penyelaras
-
Unit Penerbitan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Salmah Ayob sebagai Pengarah
Selain dari itu Jabatan Pembangunan dan Pusat Kerjasama Industri turut secara tidak langsung diletak dibawah seliaan pejabat ini di atas tanggungjawab seperti berikut:
-
Jabatan Pembangunan - bertanggungjawab ke atas pembangunan dan penyelenggaraan kampus teragih UniMAP (KDC - UniMAP Distributed Campus) dan juga pembangunan kampus tetap UniMAP dan,
-
Pusat Kerjasama Industri - bertindak selaku penyelaras dalam segala urusan perundingan, pengujian UniMAP.
Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://publicweb.unimap.edu.my/~ptrpi