Selamat Datang Ke Pusat Kejuruteraan
Premis sementara Pusat Kejuruteraan terletak di Kompleks Perindustrian Kuala Perlis. Tujuan penubuhan Pusat Kejuruteraan adalah untuk mengendalikan makmal-makmal dan bengkel umum (gunasama) yang diperlukan oleh pelbagai program yang ditawarkan di UniMAP. Program-program kejuruteraan yang dijalankan pada dasarnya menitikberatkan kepada kaedah ”practical oriented”, di mana penekanan yang lebih diberikan kepada amalan praktikal secara intensif. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap konsep-konsep teori yang telah dipelajari.
Objektif dan matlamat penubuhan Pusat Kejuruteraan adalah untuk menawarkan kemudahan kepada kursus-kursus yang berteraskan latihan dan kemahiran teknikal dan juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Konsep ‘Teaching Factory’ yang berasaskan teknologi semasa di industri juga turut diperkenalkan.
Pusat ini diketuai oleh seorang Dekan dan juga seorang Timbalan Dekan. Dekan merupakan seorang kakitangan akademik yang mempunyai latarbelakang kejuruteraan yang kukuh, pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang kejuruteraan. Beliau dibantu oleh Pensyarah dan Jurutera Pengajar serta Juruteknik yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Bahagian pentadbiran pula dibantu oleh Pegawai Tadbir, seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) dan seorang Pembantu Am Pejabat.
Pusat Kejuruteraan telah menawarkan dua kursus teras untuk pelajar-pelajar kejuruteraan pada peringkat ijazah iaitu:
- Engineering Skill I (ECT 100)
- Engineering Skill II (ECT 200)
Selain itu Pusat Kejuruteraan juga menawarkan kursus teras pada peringkat diploma iaitu :
- Basic Engineering Skill (DCT 102)
Disamping itu, pihak Pusat Kejuruteraan juga menyediakan kursus-kursus latihan untuk kakitangan UniMAP dan pihak luar.
Komposisi Pusat Kejuruteraan adalah terdiri daripada makmal dan bengkel pengajaran seperti berikut :
- Makmal Fabrikasi PCB
-Rekabentuk dan fabrikasi “Printed Circuit Board” (PCB)
- Makmal Teknologi Mikropemproses
-Aplikasi Sistem Terbenam (Embedded System) dan rekabentuk komputer
- Makmal Komputer dan Makmal CAD/CAM
-Perisian AUTOCAD, ORCAD, MATLAB dan PCB, termasuk ‘Drawing Office’ bagi latihan lukisan kejuruteraan konvensional.
- Bengkel Pendawaian Elektrik
-Pendawaian elektrik domestik & industri serta mesin elektrik
- Bengkel Kejuruteraan Mekanikal
-Bengkel pemesinan konvensional & CNC serta kimpalan
- Teaching Factory