Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan

 

Pengenalan

Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan adalah sebuah pusat perkhidmatan akademik. Ia tidak menawarkan apa-apa program akademik yang membawa kepada penganugerahan ijazah. Sebaliknya, ia menawarkan kursus-kursus keperluan universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar, tanpa mengira program akademik yang diambilnya.

Objektif

Semua program akademik di UniMAP mendukung objektif-objektif berikut:

  1. Mengeluarkan jurutera yang kompeten dalam aspek teori dan juga praktikal agar dapat melaksanakan tugas-tugas kejuruteraan yang berkaitan seperti penyelidikan & pembangunan, rekabentuk, pengeluaran, pembinaan, penyelenggaraan, penjualan dan pengurusan. Tugas-tugas ini seharusnya dapat dilakukan dalam kapasiti sebagai kakitangan organisasi ataupun sebagai usahawan;
  2. Menyumbang kepada bekalan tenaga manusia mahir untuk menyokong keperluan Pelan Induk Perindustrian Negara;  
  3. Menyumbang, melalui penyelidikan, perundingan, dan pengajaran, kepada pembangunan peralatan dan sistem-sistem terkini, khasnya bagi kegunaan dan kepentingan perkhidmatan awam;
  4. Membentuk pelajar agar mempunyai sifat patriotik dan jatidiri yang tinggi