Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

            

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & ALUMNI (HEPA) diketuai oleh seorang Dekan. Jabatan ini adalah salah satu jabatan yang penting dalam pentadbiran di universiti ini dan ia beroperasi di kampus yang terletak di Jalan Sarawak, Taman Bukit Kubu Jaya, Kuala Perlis, Perlis. Memang menjadi hasrat dan tanggungjawab Jabatan HEPA untuk membantu dan berusaha mewujudkan suasana kondusif dan selesa bagi pembelajaran dan kehidupan kampus.                                                                                         

Jabatan ini menguruskan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan biasiswa/pinjaman, persatuan pelajar, tatatertib pelajar, kewangan, sukan & rekreasi, kebudayaan, penempatan pelajar dan latihan serta pembangunan pelajar universiti.

Jabatan ini mempunyai beberapa unit yang beroperasi untuk mengendalikan pelbagai program secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Unit-unit tersebut adalah seperti berikut :-

  • UNIT PENTADBIRAN
  • UNIT LATIHAN & PEMBANGUNAN PELAJAR 
  • UNIT PINJAMAN & KEBAJIKAN PELAJAR 
  • UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
  • UNIT RAKAN PENDAMPING SISWA 
  • UNIT SUKAN & REKREASI 
  • UNIT AKTIVITI PELAJAR
  • UNIT ALUMNI
  • UNIT KEUSAHAWANAN

Objektif

  • Meneroka dan mengembangkan potensi serta memberi bimbingan dari segi keilmuan, ketrampilan, sahsiah dan jati diri ke arah melahirkan graduan yang berkualiti.
  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berterusan bagi memenuhi kehendak pelanggan iaitu pelajar dan masyarakat.
  • Menganjurkan aktiviti-aktivit yang bersifat percambahan dan penyatuan fikiran melalui kursus dan bengkel dari semasa ke semasa bagi meningkat tahap kepimpinan pelajar.
  • Mengawalselia disiplin perilaku pelajar berpandukan akta-akta dan peraturan yang diluluskan oleh universiti.
  • Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan tentang kebajikan pelajar berhubungkait dengan penempatan pelajar, kesihatan,kerjaya, kaunseling, biasiawa, sukan,  persatuan dan sebagainya.

Misi

Berusaha melahirkan graduan yang berperibadi murni, jati diri, berketrampilan, berdaya saing dan inovatif.

Visi

Menjadi sebuah jabatan yang unggul / cemerlang dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelajar ke arah mencapai matlamat UNIMAP sebagai sebuah institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

Motto

Mesra Pelajar

 Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Jalan Sarawak,Taman Bukit Kubu Jaya
02000 Kuala Perlis,
Perlis
Tel   :  04-985 1244
Faks : 04-985 1267
Website Utama:
http://publicweb.unimap.edu.my/~hep