Jabatan Bendahari

Jabatan Bendahari adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan pentadbiran kewangan UniMAP berlandaskan kepada satu sistem kewangan yang mantap.

Di samping itu, Jabatan Bendahari juga bertanggungjawab untuk mengawal kewangan UniMAP supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan. Semua urusan pembayaran harus mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan oleh UniMAP dan Perbendaharaan.

Jabatan Bendahari juga bertanggungjawab memberi nasihat di dalam aspek kewangan kepada Jabatan, Pusat Pengajian, kakitangan dan pelajar UniMAP.