Pusat Kerjasama Industri

 

Pusat Kerjasama Industri (CIC) telah ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2004. Penubuhan Pusat ini adalah bagi menjalankan program dan juga aktiviti yang berorientasikan dunia pengeluaran dan aplikasi kejuruteraan sebenar.

Pusat ini juga melambangkan kepelbagaian penawaran program dan aktiviti akademik yang berteraskan penyertaan dan komitmen daripada pihak industri. Semua program dan aktiviti Pusat ini bakal menjadi sebahagian kursus dan aktiviti teras kejuruteraan yang mampu mempertingkatkan daya saing di dalam bidang rekabentuk, pemprosesan dan pengeluaran pelbagai produk yang berteraskan kejuruteraan.

.

Objektif

Memperkenalkan UniMAP kepada Industri.
Merangka, melaksana dan membantu perlaksanaan pelbagai aktiviti dengan penyertaan industri bagi kakitangan dan pelajar yang melibatkan industri.
Mempertingkatkan pandangan umum dan industri terhadap program akademik dan mutu UniMAP dengan penyertaan rapat oleh industri dalam program pengajiannya.
Menyokong pelaksanaan konsep ‘intensif praktikal’ seperti diamalkan UniMAP.
Menggalak dan menyelaras kerjasama seperti perundingan, latihan, khidmat teknikal dan penyelidikan.

Fungsi

Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan atau melibatkan industri secara langsung mahupun tidak langsung yang memerlukan penyelarasan yang sistematik.
Kerjasama UniMAP dengan pihak industri dan badan-badan swasta yang lain memerlukan pemantauan dan perlaksanaan yang sempurna.
Kefahaman pihak industri dan swasta terhadap penubuhan UniMAP perlu sentiasa wujud dan dikendalikan oleh sebuah badan khas.
Aktiviti yang berkaitan dengan latihan staf di industri memerlukan pemantauan yang sempurna.
Menjelaskan secara terperinci sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum kepada industri.
Bertanggung jawab ke atas aktiviti pengkormesialan produk dan penyelidikan yang dibuat di UniMAP yang berkaitan dengan bidang industri.
Menjalankan aktiviti/program Pendidikan Berterusan yang berkaitan dengan pihak industri.
Mengadakan aktiviti promosi dan perhubungan dengan pihak industri.
Permantauan dan penyeliaan program perundingan.