Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik


Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik menawarkan program-program pengajian yang membawa kepada B.Eng (Kejuruteraan Mekatronik), B.Eng (Kejuruteraan Mekanikal), B.Eng (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik

 

Sejajar dengan dengan perkembangan industri yang berkembang pesat dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik telah diasaskan dengan matlamat umum untuk melahirkan jurutera-jurutera yang bukan sahaja mahir dalam bidang pengkhususan teknikal seperti pengautomatan dan robotik, malah dilengkapi dengan kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan, teknologi dan sistem maklumat.

Pusat Pengajian ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga profesional yang semakin meningkat terutamanya dalam bidang kejuruteraan elektromekanikal  serta mekanikal dan elektronik perubatan. Keperluan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Laporan Pelan Induk Perindustrian.

Struktur kurikulum telah dibentuk untuk menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang seimbang. Pengajaran teori disokong oleh latihan praktikal di makmal yang membantu kefahaman pelajar dengan menggunakan pelbagai peralatan moden yang disediakan.

Para pelajar di UniMAP mempunyai kelebihan dengan pendedahan teori  yang sama seperti universiti lain tetapi pada masa yang sama diberikan latihan pembelajaran praktikal yang memberi pendedahan teknologi semasa dengan lebih dekat lagi. Latihan yang diberi membantu pemahaman pelajar sebagai kesinambungan terhadap pendedahan teori yang diberikan di dalam kuliah, serta membina kebolehan mereka untuk merekabentuk, mengendali peralatan elektromekanikal, mekanikal dan elektronik perubatan.