Ucapan Naib Canselor

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ...

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah di atas kurnia-Nya , Laman Web UniMAP berjaya diilhamkan dan dilancarkan hari ini.

Laman web UniMAP ini bukan sahaja berfungsi sebagai penyebar dan pembekal maklumat tetapi lebih utama lagi, laman web ini merupakan lambang kepada kualiti, gaya dan ketrampilan Unimap selaku salah sebuah Universiti Teknikal di Malaysia. Melalui laman web UniMAP ini juga pelawat dapat mencapai maklumat pendidikan terkini dan terjamin kualitinya.

Walaupun UniMAP baru ditubuhkan namun saya tidak pernah menganggap itu sebagai alasan bagi UniMAP dalam mencapai visi dan misinya. Dengan barisan staf yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan berdedikasi serta sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan, saya yakin laman web UniMAP akan dapat menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat untuk mengunjunginya. Dalam pada itu, kita juga akan memperkenalkan konsep 'everything available' atau segalanya disini untuk memenuhi citarasa pelawat laman web ini.

Saya yakin laman web ini akan mengorak langkah baru di dalam menyemarakkan semangat kita untuk terus meningkatkan keupayaan demi masa depan anak bangsa.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf, individu dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan visi dan misi UniMAP. Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan itulah kekuatan kami.

Wasallam.