Yuran Pengajian

Peraturan Bayaran Yuran Universiti

1.  Yuran Pengajian

Yuran pengajian serta yuran lain yang berkaitan :

A. Yuran Tidak Berulang   

 

1. Suaikenal

RM 150.00

2. Pemajuan Pelajar

RM 150.00

3. Pendaftaran Pelajar

RM 30.00

4. Kad Daftar Pelajar

RM 70.00

JUMLAH :

RM 400.00

 

B. Yuran Berulang (Setiap Semester)

 

1. Pengajian

RM 400.00

2. Kolej Kediaman

RM 450.00

3. Kumpulan Wang Kesihatan

RM 40.00

4. Kumpulan Wang Kebajikan Pelajar

RM 30.00

5. Bayaran Pengangkutan

RM 30.00

6. Aktiviti Desasiswa

RM 20.00

7. Insuran Takaful Keluarga  Berkelompok (Sekali Setahun)

RM 28.00

JUMLAH :

RM 998.00

JUMLAH KESELURUHAN :

RM 1,398.00


C. Pelajar WAJIB membayar keseluruhan yuran  berjumlah RM 1,398.00 pada atau sebelum hari pendaftaran.

Pelajar-pelajar dikehendaki membayar yuran berulang yang berjumlah
RM 998.00 pada tiap-tiap semester bagi satu-satu Sidang Akademik.

Walaubagaimanapun yuran berulang berjumlah RM 970.00 dikenakan pada semester kedua bagi satu-satu Sidang Akademik (tidak termasuk Insuran Takaful Keluarga Berkelompok yang hanya dikenakan setahun sekali).

 
D. Sebarang perubahan pada kadar yuran adalah tertakluk kepada keputusan Universiti.

 

 

 

2. Cara Pembayaran

a) Pembayaran yuran semester boleh dibuat di mana-mana cawangan bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama ( Bendahari Universiti Malaysia Perlis – nombor akaun 0901-0001334-71-1) dengan menggunakan slip “ bank-in” yang telah disediakan oleh pihak UniMAP.

b) Para pelajar dipohon membuka akaun Bank Muamalat di tempat tinggal / kawasan / negeri masing-masing sebelum hari pendaftaran.

c) Sekiranya tiada cawangan Bank Muamalat di tempat  tinggal /  kawasan /negeri pelajar, para pelajar bolehlah membuka akaun Bank Muamalat semasa hari pendaftaran.

d) Para pelajar perlu menyediakan wang RM10.00 dan satu (1)  salinan kad pengenalan semasa membuka akaun.

e) eSlip wang tunai masuk mestilah diserahkan kepada:

 

Salinan (1)

Serahkan kepada Bank semasa membuat bayaran

(salinan warna putih)

Salinan (2)

Untuk Simpanan pelajar(salinan warna biru)

Salinan (3)

Serahkaan Jabatan Bendahari UniMAP pada hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran(salinan warna merah jambu)

f)  Para pelajar tidak dibenarkan membuat bayaran yuran melalui Cash Deposit Machine (CDM) memandangkan kesukaran untuk mendapatkan nama pembayar daripada pihak bank.

 

3. Pelajar Yang mendapat Tajaan

Pelajar-pelajar yang menerima tajaan dari mana-mana agensi kerajaan / swasta perlu membawa surat tawaran asal dan satu salinan fotostat untuk pengesahan daripada pihak Jabatan Bendahari.

 

4. Kegagalan Menjelaskan Yuran Pengajian

Pelajar diminta menjelaskan bayaran yuran sebelum hari peperiksaan. Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan yuran boleh dihalang daripada mengambil peperiksaan.

 

5. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berhubung dengan yuran pengajian bolehlah ditujukan kepada:

Jabatan Bendahari
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Bangunan TNB (Lama)
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar, Perlis.
No. Telefon : 04-9798202
No. Faks : 04-9798200


Bahagian Yuran Pelajar:

Cik Intan Syarmiza Ab. Rahman (Tel : 04-9798203)
Puan  Noor Haslinda Ahmad Yani (Tel : 04-9798212)
Encik Mohd Faizul Azizan  (Tel : 04-9798212)
Puan Masitah Rozali   (Tel : 04-9798212)