Pengenalan

 

Anjung UniMAP adalah pejabat perwakilan UniMAP yang pertama beroperasi di luar kampus induknya yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan.Penubuhan Anjung UniMAP telah diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali ke 6 yang bermesyuarat pada 7 September 2004 yang melihat kepada kepentingan dan keperluan UniMAP mempunyai sebuah pejabat perwakilan di bandaraya Kuala Lumpur. Anjung UniMAP mula beroperasi pada 1 April 2005. Bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur dipilih bagi lokasi Anjung UniMAP kerana kedudukan yang strategik.Ia menjadi pusat tumpuan bagi segala kegiatan khususnya di dalam bidang politik, pendidikan, penyelidikan, ekonomi, hubungan pengantarabangsaan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.

Fungsi
Anjung UniMAP berperanan sebagai Pusat Komunikasi Setempat (One Stop Communications Centre).