Pasukan olahraga pelajar UniMAP telah menyertai kejohanan 1st USM Open Relay 2010 di Kompleks Sukan USM pada 23 Januari lalu. UniMAP yang diwakili oleh pelajar-pelajarnya menyertai enam acara dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu 4x200m (lelaki dan wanita), 4x800, (Lelaki dan wanita) serta Medley (200m+200m+400m+800m lelaki dan wanita).
Bagi kategori wanita, UniMAP mendapat tempat keempat dalam dua acara yang disertai iaitu 4x200m dan medley manakala pingat gangsa bagi acara 4x800m. Bagi kategori lelaki pula, UniMAP telah berjaya meraih pingat bagi ketiga-tiga acara yang disertai iaitu gangsa bagi acara 4x200m, manakala pingat perak dalam acara 4x800m serta pingat emas bagi acara medley.
Naib Cansleor UniMAP, Brig Jeneral Dato’ Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan itu merupakan sesuatu yang tidak dijangka memandangkang pasukan olahraga pelajar UniMAP baru sahaja dibentuk penghujung Disember lalu.
“Kesemua pelajar ini masih belum mempunyai pengalaman yang luas, dan kebanyakkan daripada mereka hanya mempunyai pencapaian sukan di tahap daerah sahaja. Selain itu, pasukan ini juga baru mula menyertai latihan bersama-sama sejak awal Januari yang lalu,” katanya.
Kamarudin berkata, pencapaian ini sememangnya membanggakan memandangkan UniMAP berjaya memenangi pingat dalam empat acara daripada keseluruhan enam acara yang dipertandingkan.
Menurut beliau lagi, pihak pengurusan UniMAP juga akan terus memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar selepas ini sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan MASUM yang dijadualkan bulan hadapan.
“Sememangnya sukan telah menjadi sebahagian daripada budaya warga UniMAP, dan saya akan terus memberikan sokongan penuh untuk staf dan juga pelajar melibatkan diri dalam bidang sukan,” katanya lagi.
1st USM Open Relay merupakan penganjuran aktiviti lari berganti-ganti pertama umpamanya di Malaysia. Sebanyak 17 acara dipertandingkan keseluruhannya membabitkan lima kategori iaitu kanak-kanak 12 tahun ke bawah, pelajar 19 tahun ke bawah, IPT, Terbuka dan Veteran.
Pemenang tempat pertama memenangi pingat dan wang tunai bernilai RM160, tempat kedua memenangi pingat dan wang tunai RM130 manaka tempat ketiga memenangi pingat dan wang tunai RM110.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Canselor USM,
Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

KEPUTUSAN :
1) Acara 4x800m (Pingat Gangsa Perempuan)
• Nurfaizah bt Azaman
• Chandrika Gopalakrisnan
• Norhazawani Bedah
• Shantiya Peremal
• Suraya bt Idris
2) Acara 4x200m (pingat Gangsa Lelaki)
• Then Yong Yee
• Mohd Adham Awang Kechek
• Mohd Hafiz Samat
• Mohd Isa Ahmad Azan
• Afiq Shazuan Mokhtar
3) Acara 4x800m (Pingat perak lelaki)
• Vasanthan Maruthapillai
• Muralli Elanko
• Hazwan Hasnol
• Theban Raj Arumugan
• Mohd Nasoha Mohd Yusof
4) Acara Medley (200m+200m+400m+800m) -Pingat Emas Lelaki
• Then Yong Yee
• Mohd Hafiz Samat
• Vasanthan Maruthapillai
• Theban Raj Arumugan
• Hazwan Hasnol

( 27/1/2010 )Pelajar UniMAP menyerlah di 1st USM Open Relay 2010