IKLAN

Iklan Tawaran Biasiswa SLAB/SLAI-KPT 2009/2010

 

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

TAWARAN BIASISWA UniMAP/SLAB & SLAI-KPT
BAGI TAHUN 2009/2010

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2009/2010 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Sarjana/Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:

Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Rangkaian Komputer, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Elektronik Industri, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Biosistem (Kejuruteraan Pertanian), Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip, Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia dan Pemasaran
  
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Calon-calon mestilah mempunyai:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
c. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).
d. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia dan Pemasaran dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
4. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap (untuk permohonan peringkat Ph.D)
5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya C6) di peringkat SPM/MCE.
6. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
8. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.


CARA-CARA MEMOHON

Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera/IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri kepada:-

Jabatan Pendaftar
  Universiti Malaysia Perlis
  Tingkat 1, Bangunan KWSP
  Jalan Bukit Lagi
  01000 Kangar
Perlis

(Sila catatkan SLAB & SLAI/UniMAP 2009/2010 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)

Borang juga boleh diperolehi di sini :- ( Borang Permohonan )

PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN


PERINGATAN

1. Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.