Menu

Aktiviti akan datang...

                                          

Anda di sini:Laman UtamanewsBerita - malayKSN Lancar INSAT Di Sungai Chuchuh

Pengumuman

  • Forum Bicara Cinta
  • UniMAP's Go-Kart Project
  • msk2014 BM
  • ICoFM2014
  • image
  • Projek U-sikal
  • 2nd IMT-GT Regional Convention On Drug, Substance & Alcohol Abuse Among Tertiary Institutions 2014
  • 2nd IMT-GT Regional Convention
  • Icepea
  • Projek Kereta Formula
  • WoUCON2014
  • Festival Konvokesyen Ke-9 UniMAP
  • image
  • PRIM STUDENT CHAPTER CARNIVAL
  • Aplikasi Mobile UniMAP
  • ENAMS2014
Previous Next

Berita Terkini

PADANG BESAR, 9 Jan -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melancarkan Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terletak di Sungai Chuchoh, dekat sini.

INSAT yang sebelum ini dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Agroteknologi telah dinaiktarafkan kepada sebuah institut dan antara kajian yang sedang dilaksanakan termasuk menghasilkan mempelam harumanis supaya mampu mengeluarkan hasil sepanjang tahun.

Pada masa ini, penyelidikan itu berjaya menghasilkan pengeluaran raja mempelam itu sepanjang tahun dan projek penyelidikan itu turut dilawati Ketua Setiausaha Negara.

Sebelum itu, Dr Ali Hamsa turut melawat projek Uniciti yang sedang dibangunkan UniMAP di Sungai Chuchoh.

Projek bernilai lebih RM60 juta itu membabitkan pembinaan 480 unit apartment, 83 unit rumah kedai tiga tingkat serta lapan unit rumah kedai empat tingkat.

Sepanjang lawatan itu, beliau diberi taklimat oleh Naib Canselor UniMAP, Brig Jen Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin.

Sungai Chuchoh yang selama ini suram dengan semak samun bukan sekadar bakal berubah wajah apabila Uniciti mula beroperasi tidak lama lagi tetapi akan membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk sekitarnya.

Prof Dr Kamarudin berkata pembinaan Uniciti yang bakal menjadi kolej kediaman pelajar yang moden dan bakal menempatkan kira-kira 15,000 pelajar mejelang 2015 dimana ia turut membantu mewarnai industri ilmu di negeri ini.

UniMAP melantik Proven Properties Sdn Bhd melaksanakan projek yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini. Turut serta pada lawatan itu ialah Ketua Pengarah MAMPU Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

 

Aplikasi Atas Talian

  

Kampus Lestari adalah suatu komuniti bertujuan menambahbaik keberkesanan penggunaaan tenaga, ... <selanjutnya..>

Go to top