Menu
Anda di sini:beritaJadikan Diri Sebagai Contoh Tauladan

5 April 2013

KANGAR: Semua ketua jabatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) digesa agar sentiasa mementingkan integriti dan mengamalkan sikap tolenrasi dalam proses tadbir urus staf kelolaannya.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, perkara yang sangat penting dalam mentadbir sesuatu jabatan atau pusat pengajian adalah  kewibawaan atau integriti.

“Oleh itu, sebagai ketua, perlulah mempunyai sifat amanah dan telus dalam proses pelaksanaan sesuatu perkara serta tegas dan berhemah dalam membuat keputusan, bijaksana dalam menggendalikan agenda dan berpandangan jauh dalam meleraikan masalah.

“Ia kerana kualiti ini akan dilihat oleh staf bawahan dan dapat menjadikan dirinya sebagai sumber teladan dan ikutan, dalam erti kata lain ‘role model’, katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua JabatanUniMAP, di sini, semalam.

Turut hadir,Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Ismail Daut.

Seramai 53 ketua jabatan UniMAP menerima watikah perlantikan baru dan majlis bacaan ikrar diketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar, Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismail pada majlis yang diadakan di Hotel Putra Palace semalam.

“Seorang ketua tidak perlulah menjadi garang atau ‘bossy’ kepada staf untuk dihormati,   kerana dengan cara itu tidak akan membuatkan kita mendapat tempat dihati staf kita, malah akan dibenci dan tidak dihormati.

“Berikan layanan yang setimpal bukan sahaja kepada staf malah kepada para pelajar kerana mereka adalah pemegang taruh dan selayaknya sebagai seorang ketua jabatan yang juga pensyarah, untuk kita memberikan perhatian khusus kepada kehendak dan keperluan yang relevan para pelajar kita,”katanya lagi.

Beliau juga berharap agar ketua jabatan UniMAP bukana sahaja dapat menjadi ketua yang baik kepada staf masing-masing tetapi juga tegas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

 

Berita Terkini

Go to top