Menu
Anda di sini:beritaPRS Bantu Rakan Siswa

23 Februari 2013

KANGAR: Pembimbing Rakan Siswa (PRS) memainkan peranan penting dalam usaha  membantu dan membimbing rakan-rakan sebaya di peringkat universiti. Ini kerana sahabat atau rakan merupakan orang yang paling berpengaruh dan paling dekat dengan seseorang  terutamanya bagi pelajar.

Atas kesedaran itu,  Pusat Kaunseling UniMAP telah menganjurkan Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa (PRS) di Bilik Seminar 1, Kompleks Pentadbiran UniMAP Taman Kechor, Kangar baru-baru ini.

Kursus yang diadakan selama dua hari itu bertujuan memberi pendedahan berkaitan Komunikasi berkesan, Hubungan sesama insan dan Kemahiran asas kaunseling yang boleh digunakan oleh pelajar bagi membantu rakan-rakan yang lain.

Pengarah Pusat Kaunseling, Prof. Dr. Rosnah Ismail berkata, kursus tersebut membantu pelajar dalam mempertingkatkan potensi diri terutama sebagai seorang pemimpin dan pembimbing yang berwibawa.

“Kita telah memilih seramai  48 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa dan pemimpin –pemimpin kelab serta persatuan di UniMAP  kerana sebagai pemimpin, mereka memainkan peranan penting dalam membantu rakan-rakan pelajar lain.

“Saya berharap agar kemahiran-kemahiran yang telah diajar boleh diaplikasikan oleh peserta-peserta bagi membantu diri dan rakan-rakan mereka,’katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kursus itu dikendalikan oleh Pengarah  Pusat Pemerkasaan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia , Prof. Dr. Shamsudin A. Rahim.

Berita Terkini

Go to top