Bank Rakyat Rai Kanak-Kanak Autistik Sempena Bulan Kesedaran Autisme

ARAU, 26 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) hari ini meraikan Pengerusinya Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata program tersebut dianjurkan sempena kedatangan Bulan Kesedaran Autisme pada April serta bersesuaian dengan fokus Bank Rakyat sepanjang tahun ini untuk pembangunan kanak-kanak autisme.

"Bank Rakyat komited dengan pelbagai program khusus untuk golongan kanak-kanak ini bagi memastikan perkembangan mereka terus positif selain meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang autisme.

"Bantuan kewangan sahaja tidak begitu memberi impak kesedaran, untuk itu perlu ada aktiviti yang melibatkan orang ramai agar mereka turut memahami mengenai autisme yang masih rendah tahap kesedarannya di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai 'Bank Rakyat A-HEART Rainbow Walk' sejauh 2 kilometer yang turut disertai 1,398 peserta termasuk anak yatim dan pelajar universiti itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Shukry berkata program tersebut juga antara lain bagi mengumpul dana untuk keperluan dan kelengkapan pendidikan di Pusat Autisme A-HEART UniMAPTemp files agar golongan istimewa ini berpeluang membina kemahiran dan menonjolkan bakat mereka di pusat itu.

Bank Rakyat juga akan menganjurkan pelbagai program seumpamanya serta pelbagai program CSR sebagai tanda sokongan kepada golongan autisme di seluruh negara sepanjang bulan April nanti, tambahnya.

-- BERNAMA