Menu
Anda di sini:AkademikPusat Pengajian

Senarai Pusat Pengajian di UniMAP

 

1. Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan

Selamat Datang ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan. Kami menawarkan program pasca ijazah dan pra-ijazah yang terbaik dan menjanjikan peluang peningkatan kerjaya anda. Sila layari laman web kami dan berkenalan dengan pakar akademik dan pensyarah di Pusat Pengajian ini.

 

 

2. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik adalah pusat pengajian yang pertama ditubuhkan di UniMAP iaitu pada 30 April 2002. Pada awal penubuhannya, pusat pengajian kejuruteraan ini hanya menawarkan satu program ijazah sarjana muda iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik. Diikuti pada tahun 2003, sebuah lagi program telah ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Elektronik dan seterusnya program kejuruteraan yang ketiga iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Fotonik telah ditawarkan pada tahun 2008.

 

3. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik menawarkan program-program pengajian yang membawa kepada B.Eng (Kejuruteraan Mekatronik), B.Eng (Kejuruteraan Mekanikal), B.Eng (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik telah diasaskan dengan matlamat umum untuk melahirkan jurutera-jurutera yang bukan sahaja mahir dalam bidang pengkhususan teknikal seperti pengautomatan dan robotik, malah dilengkapi dengan kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan, teknologi dan sistem maklumat.

 

4. Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik menawarkan tiga program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Semua program yang dijalankan di Pusat Pengajian Sistem Elektrik ini menitikberatkan kepada aspek merekabentuk mesin elektrik, peralatan sistem elektrik, peralatan elektronik kuasa dan pengurusan tenaga untuk kegunaan industri.

 

5. Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan

Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan menawarkan dua buah program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Pembuatan ) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Rekabentuk Produk ) dan juga satu program Diploma Kejuruteraan iaitu Diploma Kejuruteraan Pembuatan

 

 

6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

Bidang Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Metalurgi dan Kejuruteraan Polimer adalah berkaitan dengan struktur dan sifat bahan-bahan yang mempunyai aplikasi-aplikasi kejuruteraan. Jurutera Bahan, Jurutera Metalurgi dan Jurutera Polimer bertanggungjawab merekacipta, menghasilkan, memeriksa dan menguji bahan seperti aloi logam kejuruteraan, semikonduktor, superkonduktor, seramik, polimer, plastik dan komposit. Ketiga-tiga program ini menitikberatkan kaedah ‘lab-intensive’ dalam semua kursus yang ditawarkan.

 

7. Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar

Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) merupakan pusat pengajian ke-tujuh yang dibangunkan di UniMAP pada Januari 2006. PPKAS menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bangunan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam.

 

 

8. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses (PPKB) ditubuhkan pada Oktober 2005 setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi. PPKB menawarkan empat program Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biosistem, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian).

 

9. Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan

Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT) telah diluluskan penubuhannya pada 4 Jun 2010. PPIPT telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi pemangkin dalam perjalanan pengetahuan ekonomi dan perantaraan dalam bidang perniagaan dan pengurusan untuk semua jabatan dan kolej kejuruteraan khususnya serta masyarakat Perlis secara amnya.

Bermula Julai 2009, PPIPT menawarkan dua program ijazah sarjana muda iaitu Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan Kejuruteraan) dan Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa).

Centre for Communication Technology and Human Development, UniMAP

10. Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM)

Selamat datang kepada semua pelajar fakulti kami, matlamat kami adalah untuk membangunkan kemahiran komunikasi pelajar UniMAP dalam bidang yang berbeza seperti bahasa, Komunikasi Sosial, sejarah budaya dan idea teknologi maklumat. Kemudian mereka akan mampu untuk memahami dan bekerja dengan mudah dengan dunia luar dan mendapatkan pengetahuan komunikasi yang cukup untuk membangunkan negara ini dan menjadi sebahagian daripada ahli sains dan pencipta di dunia.

Go to top