Home-Slider

Akademik

Penyelidikan

Penyelidikan Page

Pelajar & Kampus

Naib Canselor

Berita Terkini

Graduan Perlu Jujur, Amanah Dan Ikhlas - Raja Puan Muda Perlis

Graduan Perlu Jujur, Amanah Dan Ikhlas - Raja Puan Muda Perlis

ARAU, 26 Julai (Bernama) - Graduan perlu memiliki sikap jujur, ikhlas dan amanah bagi menjadi insan yang berupaya memenuhi aspirasi…

Baca..

Graduan Perlu Bersedia Hadapi Persaingan Pasaran Kerja - Raja Puan Muda Perlis

Graduan Perlu Bersedia Hadapi Persaingan Pasaran Kerja - Raja Puan Muda Perlis

ARAU, 25 Julai (Bernama) -- Persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan menuntut bakal graduan mempersiapkan diri untuk diterima dalam pasaran kerja,…

Baca..

Tekad Anak Pemasang Jubin - Graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik Raih Anugerah Pingat Emas Naib Canselor

Tekad Anak Pemasang Jubin - Graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik Raih Anugerah Pingat Emas Naib Canselor

Arau: Kehidupan keluarga yang serba kekurangan menjadi dorongan buat graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan…

Baca..

Graduan UniMAP Dapat Pekerjaan Meningkat Kepada 88.34 Peratus

Graduan UniMAP Dapat Pekerjaan Meningkat Kepada 88.34 Peratus

PAUH PUTRA (ARAU), 25 Julai (Bernama) -- Graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berjaya mendapat pekerjaan meningkat kepada 88.34 peratus…

Baca..

16 Pelajar UniMAP Korbankan Aidilfitri, Wakili Malaysia Ke ASP 2015

16 Pelajar UniMAP Korbankan Aidilfitri, Wakili Malaysia Ke ASP 2015

Kangar, 13 Julai - Seramai 16 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpaksa mengorbankan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang selepas…

Baca..

UniMAP Bakal Anjurkan Kelas Bacaan Al-Quran Untuk Stafnya

UniMAP Bakal Anjurkan Kelas Bacaan Al-Quran Untuk Stafnya

ARAU, 10 Julai— Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan kelas pengajian Al-Quran bertujuan untuk memantapkan bacaan semua warganya yang beragama…

Baca..

Al-Andalus Pertahan Kejuaraan Nasyid Antara Jabatan UniMAP 2015

Al-Andalus Pertahan Kejuaraan Nasyid Antara Jabatan UniMAP 2015

KANGAR: 9 Julai – Kumpulan Al-Andalus dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) dinobatkan sebagai johan Pertandingan Nasyid Antara Jabatan Universiti…

Baca..

Bubur Lambuk Istimewa PTSFP Untuk Pelajar Berasrama

Bubur Lambuk Istimewa PTSFP Untuk Pelajar Berasrama

Kangar, 06 Julai – Warga Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi tanggungjawab sebagai fasa terakhir…

Baca..

UniMAP Tandatangani LOI Bersama Klinik Ebrahim dan Surgeri Sdn. Bhd

UniMAP Tandatangani LOI Bersama Klinik Ebrahim dan Surgeri Sdn. Bhd

Pauh Putra, 6 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini menandatangani surat hasrat dengan Klinik Ebrahim dan Surgeri Sdn.…

Baca..

Jangan Sebar Semua Maklumat Diterima Di Laman Sosial - Dr. Abdulrahman M. Albelaihi

Jangan Sebar Semua Maklumat Diterima Di Laman Sosial - Dr. Abdulrahman M. Albelaihi

Kangar, 3 Julai - Umat Islam seharusnya tidak menyebarkan kesemua maklumat yang diterima menerusi laman-laman sosial meskipun mengetahui perkara itu…

Baca..

Jawatan Kosong Di UniMAP

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

JAWATAN AKADEMIK

BIL

NAMA JAWATAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

GRED

1.

PROFESOR

Perkhidmatan Pendidikan

KHAS C (VK7)

2.

PROFESOR MADYA

Perkhidmatan Pendidikan

DS53

3.

PENSYARAH UNIVERSITI

Perkhidmatan Pendidikan

DS45

 

1. Jawatan : PROFESOR

GRED: Khas C (VK7)

Bidang :

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang (Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan, Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa.

Syarat Lantikan :

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; DAN
  5. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
  6. Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Profesor Madya, sekurang-kurangnya 5 tahun.

 

2. Jawatan : PROFESOR MADYA

GRED: DS53

Bidang :

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan, Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa.

Syarat Lantikan : 

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
  2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); DAN
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; DAN
  5. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
  6. Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Pensyarah Universiti (DS45) serta telah disahkan dalam perkhidmatan.

 

3. Jawatan: PENSYARAH

GRED: DS45

Bidang :

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan, Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa.

Syarat Lantikan :

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T1); ATAU
  2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dengan sektor industri adalah digalakkan memohon.

 

KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN

GRED JAWATAN

GAJI MINIMUM (RM)

GAJI MAKSIMUM   (RM)

KENAIKAN TAHUNAN   (RM)

Khas C (VK7)

7,189.63

11,264.26

9%

DS53

5,471.49

8,000.70

320.00

DS45

2,877.04

6,453.00

255.00

 

GRED JAWATAN

IMBUHAN TETAP   PERUMAHAN (RM)

IMBUHAN TETAP   KERAIAN (RM)

IMBUHAN TETAP   KHIDMAT AWAM (RM)

Khas C (VK7)

1,300.00

2,500.00

-

DS53

900.00

800.00

-

DS45

700.00

-

300.00

 

SYARAT-SYARAT UMUM

A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN

Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

a)     lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU

b)     lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN

c)     memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

B. TARAF JAWATAN

a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.

b)     UniMAP berhak melantik warganegara Malaysia secara KONTRAK bagi mana-mana jawatan di atas berdasarkan peraturan dalam pekeliling berkaitan.

C. KEWARGANEGARAAN DAN UMUR

Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

D. TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

E. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI

Peperiksaan / Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.

F. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

G. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

 

BORANG PERMOHONAN :

Klik untuk Borang Permohonan >> Borang.pdf   

CARA-CARA MEMOHON:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-

PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
TINGKAT 3, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS

(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat)

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Jawatan Akademik : TERBUKA

 

KEPUTUSAN :

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

- PENDAFTAR -

INFO

 Anugerah

 Rekod anugerah hebat UniMAP bertaraf antarabangsa.

 halaman ini mengumpulkan semua anugerah yang diterima oleh UniMAP.