Soalan Lazim


1. Apakah itu UniMAP ?

UniMAP (dahulu dikenali sebagai KUKUM) ditubuhkan sebagai sebuah IPTA yang ke 17 bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan industri negara, selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.

2. Bilakah UniMAP ditubuhkan ?

Pada 2 Mei 2002, KUKUM (UniMAP) mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/3 seramai lebih kurang 116 orang pada 20 Jun 2002. Pada 1 Februari 2007 KUKUM telah dikenali sebagai UniMAP bagi proses penjenamaan semula universiti.

3. Di manakah lokasi UniMAP ?

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar. Dua buah Pusat Pengajian telah mula beroperasi di kampus tetap UniMAP ini iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan. Majlis perasmian pembukaan dan doa selamat telah diadakan pada 2 November 2009 yang telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Dato' Naib Canselor UniMAP dan dihadiri oleh semua staf UniMAP. Manakala bagi pusat pengajian yang lain, proses pembinaan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan sebuah kampus yang bersifat bertaburan (distributed) di sekitar Perlis

4. Siapakah Naib Canselor UniMAP ?

Naib Canselor UniMAP adalah Y. Bhg. Brig. Jen. Profesor Dato' Dr. Kamarudin Hussin

5. Apakah program yang ditawarkan ?

Bagi program ijazah sarjana muda, sila rujuk < Sarjana Muda >

Bagi program Diploma, sila rujuk < Diploma >

6. Adakah UniMAP menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi ?

Ya, UniMAP ada menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari < Ijazah Tinggi >

7. Berapakah bilangan pelajar UniMAP sekarang ?

Bilangan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 4425 orang manakala bilangan pelajar bagi program Diploma adalah seramai 801orang. Jumlah keseluruhan adalah seramai 5226 orang. ( maklumat sehingga 1 Ogos 2009 )

8. Apakah bahasa pengantar yang digunakan ?

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

9. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti ?

Rumah Universiti,
Universiti Malaysia Perlis,
Kampus Kubang Gajah,
02600 Arau Perlis
Tel : 04-9798008
Faks : 04-9798227
E-mail : pro@unimap.edu.my